Tempat: Kolej Cempaka UNIMAS (senyap dan sunyi)
Hime sepatutnya berada di rumah pada Jun ini namun memandangkan kursus teras yang wajib ini ditawarkan pada semester khas / antarsesi / intersesi Hime berkorban masa dan ruang Hime bersama keluarga dengan mengambil kursus itu dan tinggal di kolej Cempaka yang senyap dan sunyi. Kadang-kadang timbul perasaan aman namun timbul juga perasaan sunyi dan sedih...mahu tidaknya, berapa kerat pelajar yang ada di Kolej Hime tu? Mujurlah Hime duduk bersama roomate Hime, ada juga 'kerat'nya. Jika Hime duduk bersendirian di bilik ini, mahu saja Hime menangis! Tetapi tidak mengapa, menangislah hari ini kerana Hime tidak mahu menangis pada hari esoknya.

Hime ingatkan perempuan sahaja yang tahu menangis. Namun lelaki pun juga. -gambar hiasan-
Tajuk posting Hime pasal tukar wallpaper, kan? Setelah beberapa lama Hime menatap blog Hime yang masih ada wallpaper berwarna coklat itu, Hime berasa bosan pula. Sebaik sahaja Hime melihat blog yang imomoto-san (Nini-chan) baru post itu, Nini-chan sudah menukar wallpaper baru namun masih dalam tema yang sama. Perubahan yang baik, jadi Hime pun cuba melayari laman web yang Nini-chan guna.
#1: latar belakang blogger Hime yang sedia ada sebelum diubah
#2: latar belakang blogger Hime setelah diubah. Hime mengambil latar belakang itu daripada www.thecutestblogontheblock.com.
Pada mulanya layout yang Hime buat itu berjaya. Namun, terdapat masalah yang timbul - lambat loading. Akibat terlalu lambat loading, layout Hime menjadi hitam dan hanya teks dan gambar sahaja yang cepat loading.
Oleh sebab itu, Hime berusaha mencari laman web yang lain untuk mencuba nasib. Mana tahu, ada yang lebih baik daripada itu. Hime terjumpa satu laman web yang pada mulanya meragui Hime kerana tajuknya: HOT bliggity BLOG. Perkataan HOT itu merangkumi makna yang tersirat. Walau bagaimanapun, Hime cuba melayarinya. Ia bukanlah yang Hime sangka. Ah, menarik dan sangat klasik!
Ini website yang Hime katakan - HOT Bliggity Blog
Hime ambil latar belakang ini daripada website tersebut. Terdapat ratusan latar belakang yang boleh diambil mengikut citarasa pengguna masing-masing termasuk Hime. Rambang mata Hime sehingga tidak tahu yang mana satu Hime mahu ambil. Prosedur untuk memaparkan latar belakang tidak sesukar mana - sama seperti website thecutestblogontheblock.com juga.
Ja, mahu berundur diri dahulu...erm...Hime sudah mula perasan yang Hime sudah mula menggunakan Bahasa Melayu Tinggi - namun tidak sehebat Nini-chan! Entah, Hime selesa menggunakannya.
No comments:
Post a Comment