Setelah semalam menyahut cabaran dalam mengangkut barang sebanyak 20 item (fuiyoo!!) Hime dah menarik nafas lega. Mau taknya, kalo member Hime x tolong, mau 'mati' Hime dibuatnya! Tapi apapun ni semuanya kuasa Tuhan, Hime mintak sangat2 kat Dia yg Hime kena gunakan sisa2 masa Hime (selama 4 jam) malam tadi. Disebabkan Hime ada hal kat fakulti, Hime x dpt siapkan pada siang hari. Masa tu Hime memang menyesal coz menghabiskan masa dengan buat kerja lain. Kalau Hime guna masa dengan sebaiknya, Hime dapat kemas awal. Tapi apa2pun Hime dah settle dah.
Orait...hari ni; 18 November Hime dah nak pulang ke KL dari UNIMAS. Hime nak ucapkan sayonara kat bilik Hime "double-privacy-room" sebab sem depan Hime rasa Hime x privacy lagi dah...huhu...sedey jugak...rindu ngan aktiviti biasa Hime kat bilik - menjenguk tingkap kalo ada member datang, berkaraoke dengan Winamp, dan bercakap dengan almari dan meja bilik! Wahaha! Aktiviti pelik2! Tak apalah...apa2 pun selamat bercuti kepada semua member2 seperjuangan Hime yang Hime dah lama kenal mahupun baru je kenal. Doumo arigatou gozaimasu sebab mengharungi perjuangan sebagai pelajar bersama-sama di kala suka dan duka. Hime harap Tuhan berkati persahabatan kami, Amin...
Selamat bercuti...jumpa lagi pada semester berikutnya dengan perjuangan baru! Wassalam...