6.11.2010

What I wish for today?

Em, em...tanggal 11 Jun, hari ulangtahun kelahiran Hime yang ke tuuut! Hahaha...

Syarikat telelomunikasi seperti biasa sudah memberi privilege hari jadi kepada pelanggan setia seperti Hime berupa panggilan percuma kepada pemanggil yang sama jenama dengannya. Alah, ingatkan untuk semua panggilan...huhu.

Kepada mereka yang mengingati ulangtahun Hime (biasanya laman sosial tolong remindkan) Hime ucapkan berbanyak terima kasih...ada yg wish "semoga panjang umur dan murah rezeki", "wish you all the best" dan ada yang membuat kezutan yang hampir mengecutkan perut dan menambahkan kelenjar adrenalin Hime. Mujurlah Hime masih sihat walafiat...O_o

By the way, minna he~ sankyou! XDD

What I wish for today? Hajat Hime hanya satu - mohon kebaikan di dunia dan akhirat. Amiin...





6.09.2010

Oyasuminasai...

Hime mahu tulis sedikit sebelum tidur. (Ha...ha..achoo! Alhamdulillah. Sorry, Hime bersin pula) Bukannya apa, Hime selalu begini. Orang hendak tidur, makan. Orang hendak makan, tidur. Eh, main terbalik pula. Orang mahu tidur, idea Hime untuk buat blog membuak-buak pula. Nanti bila ada masa untuk membuat blog, idea tiba-tiba black out pula! Marah betul...!

Semalam, Hime terlihat blog orang pasal reviu mengenai Karipap-karipap Cinta yang di'post' di laman Facebook. Selepas Hime membaca reviu tersebut, Hime 'merayau-rayau' melihat blog-blog orang lain pula. Masa itulah Hime rasa Hime ada idea dan keyakinan untuk membuat blog sendiri. Jika pasal blog yang Hime luahkan sendiri itu bolehlah tetapi berkenaan ilmiah-ilmiah yang memerlukan citation dan reference daripada penulis-penulis lain itu, Hime minta maaflah. Takut kena plagiat pula.

Okaylah, Hime mahu type-off dulu lah. Kalau ada idea yang mendatang, Hime post lagilah. Mahu post sebanyak mungkin dan sedaya yang boleh kerana selepas itu Hime terpaksa 'posting blog' Final Year Project pula semester depan. Huhu...laman ini berkemungkinan bersarang semula. Gomenasai! T___T

Oyasuminasai...


6.06.2010

Siapa Tiger Woods Malaysia?

Entahlah, Hime pun tak tahu...Hime sengaja mahu menggempakkan tajuk ini. Haha, penat Hime masih belum tertunggak lagi, masih mahu menulis blog. Waktu Maghrib tidak sesuai untuk tidur jadi Hime ingin membuat sesuatu yang agak santai sedikit.

Gara-gara ajakan Mirah-chan, Hime berpengalaman menjadi urusetia Kejohanan Golf IPT Malaysia di UNIMAS. Menjadi urusetia tidaklah sama dengan menjadi fasilitator Program Rakan Muda IPT suatu ketika dulu - teringat pula masa itu, rindu pula pada Kg Jemukan!

6.04.2010

Karipap bercinta?

Kali ini Hime ingin membuat satu ulasan secara peribadi tentang apa yang Hime baca dan suka baca mengenai satu buku ini - Karipap-karipap Cinta.


Buku tersebut dikira sebagai novel bestseller jika 1 Malaysia sudi membelinya! Cuba lihat pada gambar sticker kuning sebelah kanan itu. Suka kepada quote novel hadapan "sebuah novel pembangunan rumah Puan Rohani & pembentukan sahsiah rupa diri." Puas Hime fikir siapa Puan Rohani itu. Rupa-rupanya ada cerita di dalam buku ini.

Hime terbaca dalam profil PTS di Facebook baru-baru ini; novel ini sudah termasuk di dalamcarta 50 bagi jualan pada Mei 2010; #32.

6.02.2010

Tukar kertas dinding (wallpaper) ZHaNM lagi!

Tempat: Kolej Cempaka UNIMAS (senyap dan sunyi)

Hime sepatutnya berada di rumah pada Jun ini namun memandangkan kursus teras yang wajib ini ditawarkan pada semester khas / antarsesi / intersesi Hime berkorban masa dan ruang Hime bersama keluarga dengan mengambil kursus itu dan tinggal di kolej Cempaka yang senyap dan sunyi. Kadang-kadang timbul perasaan aman namun timbul juga perasaan sunyi dan sedih...mahu tidaknya, berapa kerat pelajar yang ada di Kolej Hime tu? Mujurlah Hime duduk bersama roomate Hime, ada juga 'kerat'nya. Jika Hime duduk bersendirian di bilik ini, mahu saja Hime menangis! Tetapi tidak mengapa, menangislah hari ini kerana Hime tidak mahu menangis pada hari esoknya.

Hime ingatkan perempuan sahaja yang tahu menangis. Namun lelaki pun juga. -gambar hiasan-