6.04.2010

Karipap bercinta?

Kali ini Hime ingin membuat satu ulasan secara peribadi tentang apa yang Hime baca dan suka baca mengenai satu buku ini - Karipap-karipap Cinta.


Buku tersebut dikira sebagai novel bestseller jika 1 Malaysia sudi membelinya! Cuba lihat pada gambar sticker kuning sebelah kanan itu. Suka kepada quote novel hadapan "sebuah novel pembangunan rumah Puan Rohani & pembentukan sahsiah rupa diri." Puas Hime fikir siapa Puan Rohani itu. Rupa-rupanya ada cerita di dalam buku ini.

Hime terbaca dalam profil PTS di Facebook baru-baru ini; novel ini sudah termasuk di dalamcarta 50 bagi jualan pada Mei 2010; #32.


First impression about this book?

Selepas Hime membaca Karipap-karipap Cinta (KKC), Hime baru perasan tema cerita ini seakan-akan sama seperti Ayat-ayat Cinta (AAC) oleh Habiburrahman El Shirazy dari bukunya, dan mungkin filemnya (kerana Hime tidak menonton filem itu). Namun, Hime tidak berniat untuk mempersoalkan persamaan kedua-dua cerita itu, malah ia (KKC) sangat unik dan mencuit hati! Terdapat beberapa karya yang ingin membuat persamaan dengan drama TV Jepun, Korea, mahupun Malaysia namun karya tersebut tidak menarik perhatian Hime malah Hime sendiri mengutuk penulis-penulis tersebut kecuali Karipap-karipap Cinta...hee~


Apa persamaan antara kedua-duanya?
  1. Cover buku KKC dan poster filem AAC - mujur KKC tidak meletakkan watak Asha sekali di dalamnya; kerana watak Asha watak bundar. Yang menarik perhatian Hime, film cover AAC mempunyai watak perempuan berhijab manakala kulit buku KKC pula menampilkan watak lelaki 'berhijab' seperti ninja!
  2. Setting penceritaan - KKC & AAC di rumah flat dan menemukan seorang jiran perempuan yang sedang jatuh hati kepada jiran lelaki. Dalam KKC, si Ali tidak jatuh hati pun terhadap Asha yang dikatakan mengalami masalah mental.
  3. Watak hero meringkuk di dalam penjara.
...dan beberapa persamaan yang mungkin anda perasan tetapi Hime tidak perasan.

Babak kegemaran Hime dalam Karipap-karipap Cinta:
  1. Cara Sarah memaafkan Ali ketika Sarah datang ke rumah Ali membawa semangkuk karipap; kemudian Ali memakan karipap sambil tersenyum. Suka quote ini "Pernah lihat orang makan sambil mulut mengukir senyuman?" Hime bayangkan Ali agak gelojoh tetapi sweet! ^^
  2. Babak terakhir - Bagaimana Datuk Razali Bunari mendapat hidayah: pada mulanya Hime tidak faham akan babak itu. Namun, apabila Hime membaca KKC buat kali kedua, barulah Hime faham. Babak itu menunjukkan Datuk Razali ke balai polis untuk mengikat jamin mereka (Ali, Aman, Rudi, Rambai dan Sarah) dan Datuk Razali tidak memecat pekerjanya serta-merta. Bab ini sepatutnya berada di pertengahan detik saspens penceritaan namun pengarang sengaja meletakkan di bab terakhir. Ia telah menjadikan jalan cerita semakin menarik!
  3. Detik saspens kebongkaran rahsia Ayah Sarah oleh Datuk Razali Bunari - situasi berbeza pada waktu yang sama. Hime ingatkan siapa si anak, siapa si ayah. Rupa-rupanya Si anak ialah Sarah manakala si ayah ialah Ayah Sarah.
  4. Kuasa Tuhan menyelamatkan Ali dalam penipuannya - bekalan elektrik terputus dan kakinya tercedera menyebabkan Ali terselamat daripada terpaksa membaca doa selamat oleh Ayah Sarah kerana Ayah Sarah ditipu hidup-hidup bahawa Ali merupakan bekas graduan Al-Azhar. Masa Hime membaca detik-detik itu, perut Hime kecut dan cemas. Tidak boleh bayangkan jika Hime menjadi Ali masa itu.
  5. Kisah Ali di penjara. Ali, Aman, Rudi dan Rambai meringkuk di penjara kerana beberapa kesalahan - mencuri dokumen rahsia Datuk Mukhzanuddin, mengugut majikannya, dan pecah rumah. Ali terpaksa melakukan demikian adalah untuk melindungi maruah Sarah yang dikasihi. Situasi mereka di penjara yang menarik hati Hime - terdapat seorang pemuda yang sedang menyampuk mereka berempat. Tindakan pemuda itu melampaui batas sehingga mereka berempat membelasah pemuda itu. Kelakar habis!
  6. Bagaimana si pengarang memparodikan pengarang Ayat-Ayat Cinta daripada Habiburrahman El Shirazy kepada Syafizanurrazi Al-Kassimy kepada tajuk buku Ayat-ayat Cinta. Pelbagai tajuk-tajuk yang diparodikan mencuit hati Hime (masa itu Hime ketawa sehabis-habisan sehingga penumpang Air Asia sebelah Hime menjeling...kehairanan agaknya). Penulis blogger yang membuat previu mengenai KKC ini berpendapat bahawa kisah KKC penuh dengan sindiran yang lebih kepada perkara 6 ini (take a look!). Bagi Hime, Hime tidak tahu tujuan sindiran kepada perkara 6 kecuali sindiran kepada subplot politik. Hime sambung kepada perkara 7.
  7. Penulis menggunakan subplot politik yang membuatkan Hime sudah mula membuka mata dan minda terhadap sistem politik di Malaysia.
  8. Kisah Ali hampir tangkap basah gara-gara rancangan Asha.
  9. Part yang membuatkan Hime pecah perut - rujuk muka surat 63 (kepada pembaca yang ada buku itu). Asha memberikan Ali sepinggan cucur ikan bilis. Ali tidak menjamah kuih itu. Hanya Rambai sahaja yang memakannya. Rambai menganggap bahawa tayar lori adalah lebih sedap daripada cucur ikan bilis Asha. Disebabkan kelaparan yang amat, Rambai terpaksa memakannya. Mungkin Hime boleh bayangkan cucur ikan bilis yang pernah Hime makan di cafe kampus.
  10. Ali menangis di hadapan Sarah disaksikan oleh rakan-rakannya, majikannya dan ayah Sarah. Susah Hime bayangkan bagaimana lelaki menangis. Mungkin Hime boleh bayangkan Ali menangis sama seperti Hime menonton Supernatural (terutamanya musim pertama dan kedua) di mana Dean Winchester menangis atas sebab-sebab tertentu (tangisi pertemuan dan kehilangan ayahnya dan tangisi kematian adiknya, Sam Winchester).
Dean Winchester menangis kerana kematian adiknya, Sam Winchester (Supernatural musim kedua) - terima kasut, eh...terima kasih jensenacklesfans.com.

Ada banyak lagi babak yang menarik perhatian Hime. Secara keseluruhannya, semua jalan cerita memang best! Berapa bintang Hime bagi? 5 bintang! Kepada pembaca yang belum memiliki buku KKC, dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran, tetapi jangan pula tanya kepada tauke jual basikal pula!

P/s: Hime masih tertanya-tanya, siapa Uncle Hong dan Uncle Ramy itu?

No comments:

Post a Comment