2.13.2011

Apa sudah jadi dengan Zanna Hime??

Zanna Hime yang mana satu? Blog punya ke, tuan punya blog ke?

Wahaha...

Sudah tentulah Zanna Hime punya blog...terasa malu juga Hime, orang lain dengan perspektifnya terpampang dalam blog berminggu-minggu mahupun berhari-hari. Hime pulak lain jadinya, Hime post blog berbulan-bulan. Apa boleh buat, Hime bukannya rajin nak buat blog.

Ada beberapa sebab kenapa Hime malas menulis:
1. Ada komitmen lain yang perlu dibuat - kalau Hime berada di rumah, Hime tidak boleh duduk di meja tulis / komputer untuk melayari Internet mahupun blog 24/7. Kelak nahaslah dipulas telinga oleh emak atau pulas telinga sendiri (tak tahan dengar leteran emak!). Kalau di universiti pula, Hime lebih seronok melayari Internet daripada menulis. Idea bukan selalu datang. Kalau datang pun bukannya sesuai untuk dijadikan menulis. Kenapa? Mungkin Hime menulis perkara yang menjadi sensitiviti sesetengah pihak. Manalah tahu ada orang yang membaca post Hime kemudian dia terasa dengan setiap perkataan yang Hime letak.
Bukan itu sahaja, ada urusan lain yang perlu dibuat di universiti. Assignment lagi, FYP lagi...oleh itu, uruskan perkara terpenting dahulu.

2. Masa tidak sesuai - Hime mahu tidur, mandi atau makan, barulah idea datang untuk menulis.

3. Tiada sumber untuk melayari Internet - sumber yang dimaksudkan ialah LAN, wireless atau broadband. Sebenarnya itu hanya dijadikan alasan. Sebelum post ke blog, ia boleh ditulis terlebih dahulu di dalam Microsoft Word. Dapat sumber kelak barulah post!

4. Tiada keyakinan diri - kerap Hime mengalami situasi ini. Sebagai contoh, Hime mahu menulis perkara A dalam blog tetapi Hime bimbangkan perspektif orang lain padahal perkara A itu bukanlah perkara yang perlu diketawakan. Tiada yang salah, tiada yang betul. Sebenarnya semuanya tertakluk kepada perspektif masing-masing. Mungkin Hime terlalu ikutkan perspektif sekeliling. Adakalanya Hime tidak puas hati dengan situasi tertentu Hime main tulis. Kemudian, Hime berasa malu apabila membaca balik post Hime. Entah kenapa dengan mentaliti Hime, Hime pun tidak tahu.

5. Idea Hime hampir sama dengan idea penulis - kalau dah sama, buat apa nak post lagi? Nanti dituduh plagiarisme pula.

Sebenarnya perkara ini bukanlah terlalu serius. Bagi Hime, blog itu pun sudah menunjukkan personaliti. Eheks...

Cukup setakat ini. Ada idea, Hime post lagi. Ja neh!




8.31.2010

Hari Raya Vacation!

Bila house mate Hime pulang ke kampung halaman pada Hari Merdeka ni, Hime rasa ketiadaannya di apartmen Hime lain macam. Tidak sama seperti ketiadaannya pada hari2 biasa (pergi kuliah atau pergi shooting).

Haha! Adik Hime sudah membilang jari2 nya (nasib baik tak bilang jari kakinya sekali!) menghitung hari2 kepulangan Hime ke kampung halaman di Lawrence, Kansas sana tu. Wahaha...apabila Hime sudah tiba masanya pulang ke kampung, maknanya hari2 Hime bersama Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Rasa sedih Hime di hati kerana bulan ini paling cepat masa daripada bulan2 biasa. Rasa tak menyempat pula...walau bagaimanapun, Hime cuba buat yg terbaik untuk bulan ini. InsyaAllah kalau umur Hime masih panjang, Hime berkesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan pada tahun hadapan...

Alhamdulillah, segala urusan Hime yg tersangkut tempoh hari (FYP) akhirnya terurai (bolehlah pulang ke rumah dengan menyelesaikan tugasan2 yg diberi) namun Hime pasti urusan itu masih tersangkut di peringkat seterusnya. Hime diberitahu bahawa jurnal yg Hime dan Zack-chan bawa memang bagus namun yg menjadi masalah itu ialah masalah distributing questionnaire itu nanti. Questionnaire itu diisi oleh seorang responden dalam satu company sahaja. Kalau mahu buat kajian dalam 40 orang, wah, takkan nak hantar dalam 40 company? Nantilah kami fikirkan bagaimana...

Cabaran itu memang memberi tamparan yg hebat untuk kami berdua...walau apa2 pun, Hime berdoa agar cabaran yg hebat itu bukanlah penghalang untuk kami berjaya. Semoga urusan kami dipermudahkan...

8.15.2010

Selamat datang, Ramadhan...

Salam Ramadhan! Alhamdulillah Hime masih dapat berjumpa dengan bulan yang penuh keberkatan ini...

Puasa dan raya pada zaman kanak-kanak berbeza betul dengan puasa dan raya pada zaman dewasa. Masa kecil, rasanya rayalah yang paling best, dapat jumpa saudara, dapat duit raya, merasa kuih raya dan sewaktu dengannya. Tetapi lain pula zaman Hime sekarang. Rasanya bulan puasalah yang paling best, kerana Hime rasa bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Mintalah hajat yang baik, Tuhan bagi kita straight away. Kalau kita minta Tuhan permudahkan urusan itu, Tuhan permudahkan kesusahan kita terus. Itulah yang Hime suka tu...

Hime suka bulan Ramadhan kerana tanggal 23 Ramadhan bersamaan 11 Jun 1985 Hime memulakan kehidupan di muka bumi ini. Teringat Hime apabila Okaasan menceritakan pengalamannya berhari raya dalam pantang. Ramai yang bertandang ke rumah sambil beraya sambil melawat Okaasan dan Hime. Kadang-kala, terliur Okaasan kerana sesetengah makanan hari raya tidak boleh dimakan atau diminum kerana berpantang. Huhu, kasihan Okaasan...jaga-jagalah Hime kalau-kalau Hime juga mungkin ada pengalaman beraya dalam pantang! Ngee....

Kali ini Hime masih berpuasa di rantauan. Alhamdulillah, Hime masih berpeluang bersahur dan berbuka bersama teman serumah lama Hime. Yalah, Hime mengambil kesempatan untuk bersama. Nanti sudah tiada peluang lagi untuk bersama.

Apa-apa pun, selamat berpuasa semua!! Yang tidak dapat berpuasa (dengan alasan tertentu sahaja) tu selamat puasa yang yuk dan hormatilah orang lain yang sedang perpuasa! Ngeh3...

7.31.2010

Jangan ada benci...

Sayu hati Hime apabila terdengar lagu dendangan Casey - "Jangan ada benci" dalam Sinar FM masa Hime sibuk membeli belah di supermarket sambil menghayati lagu itu. Lagu itu popular masa Hime sekolah rendah lagi. Masa itu Hime suka lagu itu tetapi Hime tidak berapa hayati lirik lagu itu. Maklumlah, Hime rasa lagu itu lagu cinta (Lagu tu sebenarnya ada kaitan dengan kisah Casey. Sebab itulah lagu ini dicipta). Tetapi, itu tidak semestinya. Lagu itu juga boleh kaitkan dengan tema persahabatan.

Jangan Ada Benci - Casey

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

7.30.2010

Kisah si Angsa bertelurkan emas...

Pagi tadi, Hime terdengar IKIM.fm. Yalah, sejak laptop Hime buat hal - 'bisu' (x keluar bunyi lagu) tapi 'memekak' (keluar bunyi 'beep' dengan kuat) tu, baru Hime nak dengar radio...ngeh3.

Hime ada dengar satu ceramah motivasi - tidak mengambil masa 1 jam untuk dihabiskan. 10 minit sahaja sudah cukup menyedarkan Hime. Ustaz bercerita satu kisah rakyat - Kisah si angsa bertelurkan emas.

Kisahnya, sepasang penternak (suami dan isteri) membela seekor angsa. Suatu hari, seekor angsa mengeluarkan sebiji telur emas. Pasangan penternak itu sangat gembira kerana sebiji telur emas itu dapat mengubah nasib mereka. Namun lama-kelamaan, pasangan itu berasa tamak dan memaksa angsa bertelurkan emas dengan banyak. Cerita itu menjadi tragis apabila pasangan penternak itu membunuh angsa dan membelah perut angsa kalau-kalau ada banyak telur emas di dalam perut angsa itu. Apa yang dilihatnya, tiada sebiji telur emas pun di dalamnya.

What's the moral of the story? Orang tamak selalu rugi bagai anjing dengan bayang-bayangnya! Haha...betul juga. Apabila Hime terdengar cerita itu, Hime rasa seolah-olah ada kaitan dengan kisah Hime baru2 ini. Hime ibarat seekor angsa dan pihak yang terlibat itu ialah pasangan penternak yang tamak dan pentingkan diri sendiri. Walaupun pihak itu tidak membunuh Hime secara fizikal - belah itu dan ini, Hime rasa seolah-olah pihak itu 'membunuh' jiwa Hime. Kes ini bukanlah perkara baru. Sejak dulu lagi semenjak Hime berada di bangku sekolah lagi. Hime bukannya senang-senang mahu meluahkan perkara ini kepada sesiapa. Hime main pendam sahaja. Kalau dibongkarkan luahan Hime, pasti pihak2 yang berkenaan terasa hatinya seolah2 dirinya tidak bersalah. Tuhan sahajalah yang tahu betapa pedihnya jiwa Hime disebabkan perkara itu.

Salahkah Hime menuntut perasaan Hime? Adakah Hime terpaksa berdiam sahaja selepas diperlakukan oleh pihak tersebut? Salahkah Hime mahukan perhatian?

7.11.2010

Skandal 4 biji bantal...apakah??

Main skandal pulak...bukannya apa...skandal 4 biji bantal sudah menjadi isu hangat di salah satu kolej di Universiti Hime. Skandal ini sebenarnya melibatkan a friend of mine, tetapi melibatkan Hime sekali!

Dua felo kolej itu sudah lama berdendam kepada a friend of mine (Hime beri nama member Hime, A dan A punya member, B), si B. Entah kenapa, dua ekor minah itu sengaja datang ke rumah A buat spot check pada hari MAP berlangsung sedangkan rumah lain tidak dichecknya...

Disebabkan Hime menunggu keputusan senarai jaya kolej Hime, Hime terpaksa menumpang di rumah si A. Pada hari Ops itu, Hime berada di rumah si A selama 4 hari. Tidak semena-mena, Hime di'cekup' oleh dua felo itu pada 7 Julai 2010 pada pukul 9.52 pagi dengan keadaan ruang tamu rumah itu masih terbentang tilam-tilam dan beberapa biji bantal. Maka, Hime secara tidak langsung terlibat dalam skandal itu.

Apa kaitan dengan 4 biji bantal itu? Hime, si A serta teman serumah disoal siasat oleh 2 felo di pejabat kolej itu. Salah seorang felo tidak habis-habis sebut "kenapa ada 4 biji bantal di rumah?" Sudah ramai housemate di rumah, memanglah bantal banyak. Padahal masa kes itu bukannya 4 biji bantal, malah berbantal-bantal, tidak terkira banyaknya. Lagipun 4 biji bantal belum tentu 4 orang yg tinggal di rumah si A. Sebenarnya mereka berdua ingin mencari salah member-member si A namun mereka membuat tuduhan tidak berasas. Mahu tidak mahu, Hime dan si A terpaksa membayar denda sebanyak RM50 atas kesalahan itu. Mahu juga fight dengan mereka, nanti kena blacklist terus! Sabar sahajalah...

Gambar 4 biji bantal putih dan cantik disusun. Mahu juga Hime letak gambar 4 biji bantal kat kolej tu tapi...tak apalah, nanti orang yang membaca itu hilang selera makan pula. Faham-fahamlah ya! XP

P/s: Walaupun kes itu telah selesai, namun Hime kesalkan sikap mereka felo berdua itu. Mereka tidak amanah bekerja, menaniaya pelajar...bagaimana kehidupan mereka menjadi berkat? Disebabkan tiada keberkatan, gaji yg mereka perolehi habis begitu sahaja. Lebih merbahaya jika gaji itu diberi makan untuk anak-anak. Silap-silap haribulan, anak-anak bermasalah. Nauzubillah min zalik...

7.10.2010

Tahun Akhir Semester 1 - cabaran bermula!

Hime sudah merasakan banyak betul cabaran yang Hime hadapi sepanjang hidup Hime di UNIMAS.

Kali ini Hime sudah menjadi pelajar akhir. Apabila Hime bertembung dengan pelajar freshie HRD, rasa seronok pula jadi senior...hehe...rasa mahu membuli mereka! Tidaklah...Hime rasa kasihan pula yg mereka masih terkapai-kapai sambil menimba pengalaman baru. Hime pun sudah lama rasai semenjak Hime menjadi pelajar Sains Kognitif dulu.

Tahun akhir? Apa yg pelajar biasanya buat pada tahun akhir ini? Erm...Hime nampak dengan mata Hime sendiri yang pelajar akhir akan melalui satu projek terpenting - Projek Tahun Akhir (PTA). Wajib untuk semua pelajar UNIMAS. Boleh juga kalau wajib menjadi sunat, tetapi pointer anda juga di 'sunat'kan sekali! Haha...

Tahun ini Hime kena buat PTA. Hime masih tidak tahu title apa yg sesuai untuk Hime (ada, tetapi kena rujuk kepada supervisor sama ada sesuai atau tidak), siapa supervisornya (Hime tahu siapa pilihan Hime). Tseu-chan offer Hime beberapa orang supervisor yg boleh diharap. Tidaklah sebegitu ramai cadangannya kerana selebihnya...huh! Faham2lah. Namun, Hime bukan nak kata supervisor yg dipilih itu boleh diharap 100%. Hime berharap agar supervisor tersebut boleh membantu Hime menyelesaikan PTA pun sudah cukup. Bantu untuk naikkan pointer juga amat perlu namun itu cerita no.2 lah. Siapa tak nak naikkan pointer? Semua mahu...

Ada sesetengah yg berkata, menjadi pelajar tahun akhir mendorong kepada tension tahap melampau, sehingga makan tak lalu, tak sempat makan, tidur tak lena, tak sempat tidur. Aduh, kata-kata mereka cukup menakutkan Hime. Ada yang kata tension sehingga mengalirkan air mata darah dan nanah juga. Hime tahulah bukan darah dan nanah yg akan keluar. Maksudnya, tak tahan menanggung derita, menangis semahu-mahunya. Hime melihat mata Hime sendiri yg housemate Hime yg menjadi pelajar tahun akhir itu tertekan sehingga kejang saraf tunjang dan muntah2. Nauzubillah min zalikk...dan ada juga yg memberikan kata positif - ia tidaklah seteruk yg disangka. Cuma memenatkan minda sahajalah...aktiviti seperti makan, solat, mandi, sempat punya, cuma kerja jangan sentiasa postpone...itu yg melarat jadinya.

Hime pula perlu set kan minda Hime yg semua masalah akan dapat diselesaikan. Semua subjek yg diambil bukanlah sesusah yg disangka. Setiap kesusahan ada kesenangan (Al-Insyirah : 5). InsyaAllah apabila Hime memegang prinsip itu di kepala Hime, Hime akan hadapi dengan hati yg terbuka dan tenang.

Apa2 semoga berjaya kepada pelajar-pelajar yang akan membuat PTA! Ganbattene, minna! XD