4.08.2010

Memory no uta...

Exam fever bermula! Achoo!

Entahlah, sejak akhir-akhir ini, long-term memory Hime lebih banyak bertindak balas - pendek kata Hime asyik terkenangkan kenangan lalu, dari zaman Hime sekolah. Sejak Hime jumpa balik member-member lama tu, kenangan zaman sekolah Hime semakin kuat. Kalau time machine wujud dan boleh pusing balik masa lalu, Hime nak masuk balik zaman sekolah. Teringat zaman Hime jadi 'samseng kelas' dari Form 4 sampai Form 6! Rasanya kesamsengan Hime terserlah dan semakin menjadi-jadi masa Hime Form 6! Wahaha! Betul...sampai member2 Hime tak berani dekat - garang sangat! Jangankan member-member, Ketua Tingkatan (masa tu Hime jadi Penolong kelas) pun tak nak bersuara kali kedua! Mahu tidaknya, entah kenapa Hime asyik aiming marahnya kat Ketua Tingkatan! Bila teringat pula, rasa kasihan pulak kena marah tak pasal-pasal. Tapi apa-apa pun itu semuanya kenangan lalu. Gomenasai kepada pihak-pihak yang terlibat. Sekarang taubat dah, Hime tak jadi 'samseng kelas' lagi. Zaman sekolah tidaklah sama dengan zaman Universiti yang Hime alami sekarang.

Kalau Hime tanya semua orang, ramai yang kata "Zaman sekolah; zaman yang paling best!" Setujukah anda?

No comments:

Post a Comment