Semalam, Hime terlihat blog orang pasal reviu mengenai Karipap-karipap Cinta yang di'post' di laman Facebook. Selepas Hime membaca reviu tersebut, Hime 'merayau-rayau' melihat blog-blog orang lain pula. Masa itulah Hime rasa Hime ada idea dan keyakinan untuk membuat blog sendiri. Jika pasal blog yang Hime luahkan sendiri itu bolehlah tetapi berkenaan ilmiah-ilmiah yang memerlukan citation dan reference daripada penulis-penulis lain itu, Hime minta maaflah. Takut kena plagiat pula.
Okaylah, Hime mahu type-off dulu lah. Kalau ada idea yang mendatang, Hime post lagilah. Mahu post sebanyak mungkin dan sedaya yang boleh kerana selepas itu Hime terpaksa 'posting blog' Final Year Project pula semester depan. Huhu...laman ini berkemungkinan bersarang semula. Gomenasai! T___T
Oyasuminasai...
No comments:
Post a Comment