11.18.2009

The battle of exam week & packing things in hostel - END of this sem!

Setelah semalam menyahut cabaran dalam mengangkut barang sebanyak 20 item (fuiyoo!!) Hime dah menarik nafas lega. Mau taknya, kalo member Hime x tolong, mau 'mati' Hime dibuatnya! Tapi apapun ni semuanya kuasa Tuhan, Hime mintak sangat2 kat Dia yg Hime kena gunakan sisa2 masa Hime (selama 4 jam) malam tadi. Disebabkan Hime ada hal kat fakulti, Hime x dpt siapkan pada siang hari. Masa tu Hime memang menyesal coz menghabiskan masa dengan buat kerja lain. Kalau Hime guna masa dengan sebaiknya, Hime dapat kemas awal. Tapi apa2pun Hime dah settle dah.

Orait...hari ni; 18 November Hime dah nak pulang ke KL dari UNIMAS. Hime nak ucapkan sayonara kat bilik Hime "double-privacy-room" sebab sem depan Hime rasa Hime x privacy lagi dah...huhu...sedey jugak...rindu ngan aktiviti biasa Hime kat bilik - menjenguk tingkap kalo ada member datang, berkaraoke dengan Winamp, dan bercakap dengan almari dan meja bilik! Wahaha! Aktiviti pelik2! Tak apalah...apa2 pun selamat bercuti kepada semua member2 seperjuangan Hime yang Hime dah lama kenal mahupun baru je kenal. Doumo arigatou gozaimasu sebab mengharungi perjuangan sebagai pelajar bersama-sama di kala suka dan duka. Hime harap Tuhan berkati persahabatan kami, Amin...

Selamat bercuti...jumpa lagi pada semester berikutnya dengan perjuangan baru! Wassalam...

10.27.2009

Study week...ganbattemasu!

Minggu study week...wireless kat hostel Hime masih buat hal...sudahlah tiang hilang, sesetengah student je yg dapat wireless...tak aci! Tapi apa2 pun Hime tak salahkan student yg dapat...yelah, dah rezeki diorg. Ada hikmah di sebalik itu. Kalau dapat kat Hime, tak belajarlah Hime.

Minggu ni, Hime kena setkan schedule study...memandangkan Hime ambil 4 paper sem ni, Hime kena study jugak ni...4 paper, 4 jam kredit ni...sakit rasanya! Apa2 pun, wish me good luck!

10.22.2009

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

Tajuk ni Hime takkan lupa sejak Isnin lalu. Gara-gara student tak pakai pakaian formal, kami plak merasa tempias marah si Onna-sensei! Pada mulanya Hime tak tahu si Onna-sensei tu bad mood sejak awal pagi. Patutlah muka dia pucat dan muram semacam je. Rupanya memang tak seceria seperti hari-hari biasa. Hime tak nak salahkan perangai Onna-sensei tu sebab itu memang dah perangai dia. Cuma Hime terkilan tu student lah, langgar law Onna-sensei tu satu hal, kalau student tu intelligent sama level dengan Hime tu lain ceritalah. Student tu upper level drp Hime plak tu...kiranya student bijak tu pun tak boleh pakai. Berlagak pandai tapi personaliti buruk! Apa2 hal pun, kena marah tu boleh membawa kesan mendalam terhadap student tu kan? Itu Hime rasalah tapi tak tahulah perasaan student sendiri tu, ek?

Cakap pasal sensei marah2, teringat plak Hime ngan seorang dansei-sensei tu. Muka cool je, tapi bila dia marah, semua student diam termasuk Hime. Hime yang duduk kat depan buat2 bodoh je tapi perut Hime kecut macam asam kecut! Dia marah kejap je, lepas tu...elok balik! Tapi kitorg masih takut macam tikus! Sejak dansei-sensei tak ajar Hime lagi, Hime terasa rindu jugak kat dia. Dia okay, sporting...eh, apa2an nih? Tak adalah, bukan Hime je yg cakap macam tu, member Hime pun cakap macam tu jugak.

Tapi apa2 pun semuanya pengalaman. Hime dah mula kenal semua sensei yang ada kat UNIMAS, semua perangai Hime dah tahu. Kalau 10 sensei, 10 ragam sensei ada. Hehe...Hime sebagai pihak student HR nak minta maaflah kalau kesalahan kami semua menyinggung perasaan Onna-sensei. Summalakatta, Onna-sensei (very formal apology)...

10.10.2009

Which song of KIRORO loves most?

Sejak imomoto-chan bagi Hime lagu2 dari Kiroro, Hime rasa nak wat rating plak. Ada ler satu dua buah lagu yg menjadi favorite Hime sejak akhir2 ni. Hime nak set kan 10 buah lagu Kiroro kegemaran Hime selain lagu Miraie dan Nagai Aida...

Yosh, drum roll!!


#1 – Akisaki. Hime cuba translate nama lagu ni dalam bahasa Inggeris (The Wind of Autumn). Kalo tengok scenery masa hujan2 ni, memang tangkap jiwang, tangkap lentok, dan tangkap leleh!

#2 – Kiseki (2nd version). Lagu bergenre orchestra...harmony...

#3 – Sukiyo. Lagu ni mula diperkenalkan oleh imomoto-san. Lagu ni memang happy! Lepas tu ada versi pulak pada masa ending lagu ni.

#4 – Aisanai. No reason kenapa...

#5 – Chokin (2nd version). Mana pergi Chokin first version? Tak apalah, lagu ni bergenre country (cowboy).

#6 – Piano

#7 – Niji

#8 – Latata. Latata...latata...

#9 – Sango no Uta

#10 – Beni imo Musume. Kalo salah dengar, diorg sebut kambing, kambing, kambing, kambinggg...!

Sebahagian lagu2 lain pun turut menjadi kegemaran Hime...just tak insert lagu lainlah. Kalo tak, itu dah dipanggil song list...


Anyway, chiao!

Sekadar persepsi atau realiti?

Hime terfikir satu perkara...masa tu dalam bulan puasa. Ada satu student junior ajak Hime berbuka puasa kat satu tempat berdekatan dengan kolej Hime. Hime ikut je lah. Yelah, apa salahnya, dah lama Hime x jumpa student2. Hime siap2 dengan makanan berbuka. Hime bawa buah kurma dan buah oren. Sampai di sana, ramai student luar yg Hime x pernah jumpa. Student UNIMAS anjurkan satu program bulan puasa di kolej Hime. Student2 luar tu bila jumpa Hime, diorg datang nak salam ngan Hime. Wah, macam artis plak Hime...x sangka diorg ramah. Diorg tanya nama, asal mana...macam2lah. Tapi xperlah...yg buat Hime ‘berat’ utk datang ke tempat tu bila Hime jumpa seorg student senior tahun akhir tu. Hime gelar dia “senpai” lah. Entahlah kenapa...lepas Hime solat Maghrib, Hime diajak makan beramai-ramai, salah seorg student luar tanya sama ada Hime mahu makan sekumpulan dengan diorg. Hime kata okay je sebab dekat dengan Hime. X payahlah makan jauh2. Hime baru nampak si senpai kat sekumpulan student yg bertanya tadi. Lepas tu si senpai terus bangun dan pergi join group sebelah sedangkan group sebelah dah ramai. Boleh pulak dia berhimpit dengan group sebelah. Kalau Hime masuk pun x jejas pun makanan...malah terlebih cukup makanan.

Itu yg Hime fikirkan. Hime curious gak kenapa si senpai buat begitu. Dari dulu masa Hime join group tu dia cam pandang semacam je. Tak suka ke? Atau Hime sekadar persepsi? Yelah, pendek kata, salah faham ke? Orang kata x baik salah faham dengan seseorg kerana tu kerja syaitan. Tapi kalau sekali sekala mungkinlah...tapi dah kerap Hime jumpa dia buat macam tu...kenapa? Jealous ke? Kalau ikutkan Hime yg sepatutnya jealous sbb dia lagi cute drp Hime. Muka licin, tutup aurat...kalah Hime. Hime pun kadang2 pakai stokin bila keluar rumah. Tapi apa2 pun tu tertakhluk kpd dialah. Mungkin dia xder apa yg Hime ada. Hime pun x tau apa yg Hime ada...lantak kau lah!

End of Construction...ne?

Alhamdulillah, nampaknya Blogger Hime dah siap. Hime terpaksa jadi Programmer student untuk edit kan HTML...dahlah banyak source code...pening jugak kepala Hime. Takper, dengan kesabaran Hime, Hime buat jugaklah...dekat 2 jam Hime godam2 source code ni.

Dengan rasminya, Hime merasmikan blog Hime sebagai blog rasmi untuk paparan semua...hehe...

Blog Hime memang simple, layout pun warna sejuk, x banyak corak x seperti blog expertise yg lain - hebat2 belaka! Tapi apa2 pun, Hime masih belajar. Kalau sesiapa yg baca blog Hime sekarang ni dan ada idea dan cadangan untuk menambahbaikan blog Hime ni dipersilakanlah...kalau ada masalah untuk letak comments kat blog Hime, please let me know, onegaishimasu!

9.29.2009

Ack?! Akhirnya Hime sign up balik Blogger...

Huhu, Hime ingat Hime boleh sign in balik Blogger Hime yg lama tu...rupa2nya dah delete sbb dah obsolete, tak jenguk2...menyesal plak...tp xper, mujur Hime ada 2 email. Hime pakai Gmail punyalah. Apa2 lah...entah tetiba plak Hime ada mood nak menulis blog. Tapi xperlah, Hime ucapkan Irashaimase, Ahlan Wasahlan dan Selamat Datang kpd pembaca yg terlink kat blog Hime ke, sesaper je lah yg membacanya...Hime x janji nak tulis blog hari2. Kalo Hime ada mood Hime tulislah...tp Hime kena janji kena jenguk blog sekerap mungkin - nak elak blog 'basi'...hehe.. okay...chiao!! XD