Entahlah, Hime pun tak tahu...Hime sengaja mahu menggempakkan tajuk ini. Haha, penat Hime masih belum tertunggak lagi, masih mahu menulis blog. Waktu Maghrib tidak sesuai untuk tidur jadi Hime ingin membuat sesuatu yang agak santai sedikit.
Gara-gara ajakan Mirah-chan, Hime berpengalaman menjadi urusetia Kejohanan Golf IPT Malaysia di UNIMAS. Menjadi urusetia tidaklah sama dengan menjadi fasilitator Program Rakan Muda IPT suatu ketika dulu - teringat pula masa itu, rindu pula pada Kg Jemukan!
Hari Sabtu dan Ahad Hime kena bangun awal, lebih kurang pukul 5 pagi. Dahlah hari 'cuti', biasanya waktu tu bukan waktu Hime. Mungkin otak Hime sudah set yang Hime terpaksa menjalankan tugas pada hari itu, Hime berjaya bangun pagi seawal itu dan juga bantu mengejutkan room mate Hime bangun mengerjakan solat Subuh pukul 6 sebelum Hime keluar rumah. Jika Hime bangunkan dia awal sedikit, Hime sukar mahu keluar rumah kerana dia mengerjakan solat menghadap pintu. Pada mulanya member-member Hime 'ting-tong' dengan Hime. Kata sahajalah awal, tapi mereka lambat keluar (berlaku pada Ahad itu)! Rupa-rupanya, betul. Hime nampak Mirah-chan, Tqah-chan dan Zack-chan dari bawah. Baru sahaja Hime pakai stokin, Mirah-chan sudah telefon Hime. Mujurlah Hime mempersiapkan diri tepat pada masanya.
Pengalaman menjadi LO / urusetia Kejohanan IPT Malaysia sepanjang 2 hari itu:
- Tugas menjadi LO di sana - men'jaga' bola golf yang dimainkan oleh peserta. Itu sahaja? Walaupun nampak mudah, risk memang ada. Risikonya kita tidak boleh jangka bola itu berada di tengah padang, mungkin berada di tepi jalan, tepi parit, mahupun di atas kepala LO itu sendiri! Dakara, sila berhati-hati. Staf-staf kelab itu diminta membawa payung untuk keselamatan bersama. Mujurlah Hime ada payung.
- Menjadi LO bukan sahaja men'jaga' bola seperti yang Hime katakan, LO juga perlu men'jaga' peserta dan juga men'jaga' diri sendiri. Kenapa? Hime berdepan dengan peserta yang terdiri daripada pelbagai ragam - sabar sahajalah. Lebih-lebih lagi LO seperti Hime adalah perempuan, bersendirian di check point itu. Ada juga peserta sengaja menakut2kan Hime dengan memberitahu bahawa ada 'buaya' di kawasan itu. Hime tahu di Sarawak memang ada buaya - sama ada buaya reptilia, dan juga buaya jelmaan. Mahu sahaja Hime cellotape mulut mereka yang celupar itu!
- Kena ngorat? Ada, huh! Hime sangka pertandingan golf itu melibatkan pelajar-pelajar selain pensyarah-pensyarah. Bolehlah Hime 'cuci mata'. Haha, bergurau sahaja. Rupa-rupanya yang melibatkan pelajar itu kami sahajalah. Yang menjadi peserta - pensyarah2. Ada yang muda. Muda tidak muda lebih kurang 30-an. Namun kemiangan mereka mengalahkan pelajar-pelajar!
- Hime terpaksa ber'tapa' di Hole 14 bersendirian! Tempat yang agak selamat untuk Hime untuk mengelakkan ditimpa bola golf, tepi rimba mini. Namun apabila Hime terdengar bunyi pelik-pelik, Hime beralih ke tepi padang. Pada hari pertama, Hime agak gerun sedikit apabila Hime bersendirian di sana. Hime agak geram apabila kumbang 'datuk bandar' (Hime namakan kumbang itu sempena kumbang pernah bermaharajalelah di pohon Lemuni sehingga menakutkan Nini-chan! Kumbang itu tidak menggigit tetapi berbunyi buzz yang terlalu bising) sering 'mengerjakan' Hime sehingga menganggu tumpuan Hime terhadap bola yang dihayun oleh pemain golf itu. Namun pada hari kedua, Hime tidak takut sangat kerana kumbang itu tidak mengganggu Hime sangat. Mungkin kumbang itu mahu berkenalan dengan Hime...hehe.
(Chotto matte kudasai - sedang mengunyah biskut Tiger!)
- Hime pernah dihantar oleh peserta untuk pulang ke lobby The Sarawak Club Golf Resort. Pada mulanya Hime menjual mahal dengan sangkaan mereka memerli Hime. Lepas itu barulah Hime sedar Hole 14 sememangnya jauh! Mujurlah mereka mahu juga hantar Hime. Hehe...Hime naik kereta golf yg kecil itu di bhg belakang. Nak jadi cerita, hujan rintik. Jadi peralatan golf perlu ditutup dengan pelapiknya di belakang. Jadi Hime tidak boleh bertenggek di atasnya. Mahu tidak mahu terpaksa ber'himpit' dengan mereka berdua. Sudahlah badan mereka seperti beruang, bertransform pula menjadi ulat mulong + ulat bulu! Warghh...mereka berdua sempat mengaku mereka berdua 'abang'! Meremang bulu roma Hime!
- Selepas melepaskan penat, para LO (Hime, Mel-chan dan Faiz-kun. Yg lain sudah kepenatan, menghitung waktu untuk pulang) pula yang bermain golf - semuanya bertaraf amateur lah...semuanya gara-gara salah seorang LO yang satu-satunya lelaki, Faiz-kun. Dia beriya-iya merengek mahu bermain golf di seberang lobby TSC itu. Kelemahan Hime ialah tidak boleh tengok sesiapa merengek mahukan sesuatu - mesti turutkan. Yalah, Hime berasa kasihan pula. Hime mencuba sekali - em...faham2lah bagaimana cara org yg bermain golf secara amateur.
- Banyak lagi pengalaman sama yang Hime ada; cuma Hime tidak berapa ingat. Yang menggelikan hati Hime, Okaasan bantai gelak bila Hime cerita pasal pengalaman Hime hari itu, padahal peserta yg mengaku 'abang' pernah kata "Kamu ni, pelajar sedap-sedap bercuti masa ini, kamu di sini tengok orang main golf pula. Kalau mak tahu ni marah dia," masa itu takut juga nak bagitahu Okaasan namun dia tanya kenapa Hime letih sangat masa itu, terpaksa jugaklah Hime beritahu.
Mahu log out lah, sudah larut malam. Keletihan mula terasa!
No comments:
Post a Comment