2.18.2010

Goodbye, Samarahan...Welcome Kabong!

Orang sibuk-sibuk pulang ke kampung halaman sambut tahun baru Cina, Hime pula sibuk-sibuk buat research di Kabong! Haha...Hime dan 8 member-member Hime termasuk seorang pengiring, Kak Aini pergi ke Kabong di daerah Saratok. Perjalanan kami memakan masa 5,6 jam (tidak termasuk masa singgah di Sri Aman.) Kami ke sana buat research mengenai adat resam dan budaya masyarakat Kabong. Walaupun majoriti penduduk terdiri daripada orang Melayu, tapi adat resam mereka berbeza dan unik. Kami ke sana selama 3 hari.


13 Februari

Kami memakan masa dengan berjalan jauh dari Samarahan - Sri Aman - Kabong. Sebelum ke Sri Aman, agak gempak dengan kemalangan yang agak tragis. Member-member Hime ada ternampak mangsa tersepit dalam van namun Hime tak nampak sebab masa itu Hime tertidur. Hime mula bangun selepas melepasi kemalangan van itu. Huhu...Apa-apa pun kami bersyukur kerana kami sampai di Kabong dengan selamatnya.
Pada sebelah malam, kami mulakan research kami. Kami disambut dengan baik oleh ahli-ahli JKKK Kabong! Wow, macam sambut menteri datang sahaja! XDD Kami pada masa itu agak keletihan namun kami terpaksa bertahan. Ada sesetengah member Hime yang tidak tahan dengan keletihan - sempat tertidur di sebelah ketua kampung Kabong! Mujurlah mereka tak nampak. Kami yang nampak itu ketawa kecil. Hime ada cuba snap gambar dia tertidur. Haha...!

Selepas research, kami pulang ke rumah rehat kerajaan Kabong. Pada masa itu, kami perlu bantai tidur namun tak boleh lelapkan mata...kenapa ya?

14 Februari

Hari ini public holiday. Tahun Baru Cina lah! Kami bangun awal untuk meneruskan research yang seterusnya. Kami bercadang naik kapal untuk lihat mereka menangkap ikan. Namun disebabkan cuaca yang kurang baik, kami tidak berpeluang untuk itu. Kami menggunakan plan B - melihat masyarakat Kabong membuat kuih tradisional dan keropok. Selepas itu, kami pulang untuk makan tengahari
dan meneruskan research dan pulang semula pada waktu petang . Selepas Asar, mereka ke Pantai Tanjung Kembang namun kami berempat (Hime, Nana-chan, Kak Aini dan Tqah-chan) tidak berpeluang ke sana kerana keletihan yang amat. Jadi, kami di rumah membantu Nana-chan sediakan makan malam. Malam merupakan aktiviti wajib kami - melihat masyarakat Kabong ber"nukun". Nukun - tarian dan irama berbalas pantun dengan menggunakan beberapa alat muzik (biola dan gendang). Mereka yang bermain alat muzik itu berpantun manakala pasangan menari dalam arah berlawanan (Hime menggunakan perspektif Hime. Jika ada beberapa kesalahan mengenai adat ini, beritahu Hime ya). Pasangan yang menari itu juga boleh berbalas pantun dengan pemain muzik tersebut. Penari lelaki memang tangkas. Dia boleh menari sambil berbalas pantun.Hime
dengar mereka juga boleh guna pantun dua kerat.

Selepas malam itu, maka berakhirlah research kami. Kami menerima cenderahati sebagai kenangan.

15 Februari

Kami pulang ke UNIMAS pada sebelah malam - memakan masa dengan perjalanan dari Kabong (singgah sebentar ke Pantai Tanjung Kembang sebentar kerana air laut surut). Kemudian, kami singgah pekan Saratok (singgah pasar - Hime beli sayur anak jagung. Hime tak pandai simpan ikan kering sebab tak ada peti sejuk! JadiHime tak beli ikan kering.) 2,3 jam kemudian, sampai di Sri Aman (singgah rumah Nana-chan untuk makan di sana).

Sebelum pulang terus ke UNIMAS, singgah ke Kubu Alice. Lebih kurang setengah jam ke 45 minit, kami teruskan perjalanan. Lewat Maghrib, kami singgah ke Masjid Serian. Selepas itu, kami teruskan ke Samarahan. Kami sampai di UNIMAS lebih kurang pukul 9.30 malam. Hime bersihkan diri, solat dan makan malam selepas itu dalam keadaan yang amat meletihkan!

Jom tengok gambar! Hime ada ambil gambar, sebahagian gambar yang lain courtesy daripada Arif-kun. Arigatou-na!
Bergambar di belakang kolej Cempaka sebelum bertolak...^^

Sebelum berjalan jauh, kami diberi taklimat ringkas. Rancang perjalanan katakan...
Singgah di Pekan Simunjan sebentar - ini buah belimbing hutan. bahagian luar (warna merah jambu) tak perlu makan. Makan yang ulas dalam sahaja dengan mengupas kulit dan ambil isinya. Rasanya masam dan kelat.
Dah sampai di rumah Nana-chan di Sri Aman. Sempat pulak Alif-kun posing! ^^;;;
Kami jalankan research sebelah malam bersama Ketua Penghulu dan beberapa ahli JKKK Kabong.
Say cheese! Makcik tengah posing sambil menguli keropok lekor. Cayalah! XD "Ini ikan besar punya! Besar punya!" ^o^
Forever in our heart - bergambar bersama D.O. & isteri, Ketua Kampung, dan Ahli JKKK.
(Oops! Terbalik pula tag pada bekas keris). Keris akan diserahkan kpd FSKPM. Jadi tanda kenang-kenangan.
Waterfont view, Sri Aman. Diambil dari atas Kubu Alice. Ack! Jangan terjun, Fezal-san! ><;;;;

No comments:

Post a Comment