Puasa dan raya pada zaman kanak-kanak berbeza betul dengan puasa dan raya pada zaman dewasa. Masa kecil, rasanya rayalah yang paling best, dapat jumpa saudara, dapat duit raya, merasa kuih raya dan sewaktu dengannya. Tetapi lain pula zaman Hime sekarang. Rasanya bulan puasalah yang paling best, kerana Hime rasa bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Mintalah hajat yang baik, Tuhan bagi kita straight away. Kalau kita minta Tuhan permudahkan urusan itu, Tuhan permudahkan kesusahan kita terus. Itulah yang Hime suka tu...
Hime suka bulan Ramadhan kerana tanggal 23 Ramadhan bersamaan 11 Jun 1985 Hime memulakan kehidupan di muka bumi ini. Teringat Hime apabila Okaasan menceritakan pengalamannya berhari raya dalam pantang. Ramai yang bertandang ke rumah sambil beraya sambil melawat Okaasan dan Hime. Kadang-kala, terliur Okaasan kerana sesetengah makanan hari raya tidak boleh dimakan atau diminum kerana berpantang. Huhu, kasihan Okaasan...jaga-jagalah Hime kalau-kalau Hime juga mungkin ada pengalaman beraya dalam pantang! Ngee....
Kali ini Hime masih berpuasa di rantauan. Alhamdulillah, Hime masih berpeluang bersahur dan berbuka bersama teman serumah lama Hime. Yalah, Hime mengambil kesempatan untuk bersama. Nanti sudah tiada peluang lagi untuk bersama.
Apa-apa pun, selamat berpuasa semua!! Yang tidak dapat berpuasa (dengan alasan tertentu sahaja) tu selamat puasa yang yuk dan hormatilah orang lain yang sedang perpuasa! Ngeh3...
No comments:
Post a Comment